Apr 11, 2011

KESAN PENYALAHGUNAAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT,,,

Terdapat banyak kesan yang boleh didapati jika manusia salah atau tidak tahu menggunakan media. Antara kesan- kesan penyalahgunaan media boleh terbahagi kepada 3 iaitu:-



Televisyen
Televisyen merupakan media elektronik yang paling terkenal di dunia. Semua orang akan menonton televisyen bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, bukan sahaja anak-anak kecil tetapi juga yang sudah tua. Apa yang ingin disampaikan disini ialah pengisi di televisyen tersebut hendak lah mengikut apa yang telah di hadkan. Sebagai contoh setiap cerita yang hendak disiarkan di televisyen hendak lah ditapis dahulu babak-babak yang tidak dikehendaki atau pun yang tidak bersesuaian dengan umur. Hal ini dapat membuatkan masyarakat lebih merasa bebas dan akan mudah terpengaruh dengan sifat negatif seperti itu dan mengamalkannya di dunia luar. Hal ini juga boleh membuatkan gejala sosial di luar dan jenayah semakin meningkat.



Internet
Internet pula merupakan penggunaan teknologi yang paling terkenal pada abad ini kerana segala maklumat yang kita mahukan boleh didapati di internet. Internet juga adalah penyampai maklumat yang paling pantas. Contohnya seperti cerita-cerita sensasi, isu-isu panas pada masa kini boleh didapati dengan begitu cepat sekali malah apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini boleh didapati di dalam internet. Begitu mudah dan cepat tetapi yang menyedihkan adalah pihak-pihak yang menyalahgunakan kerperluan internet yang serba mudah dan cepat ini dengan nafsu dan hasad dengki. Ramai remaja sekarang menyalahgunakan internet dengan melayari laman web lucah untuk memuaskan nafsu mereka. Ada juga yang berjudi melalui internet. Walaupun mempunyai banyak kelebihan dan manfaat melalui internet ini, tidak kurang juga hebatnya dari aspek yang negatif. 






Radio
Radio merupakan penyampai antara media dan masyarakat. Segala cerita yang berlaku akan disampaikan oleh penyampai radio pada hari tersebut tetapi hendak lah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Segala maklumat yang perlu disampaikan hendak lah difahami oleh semua lapisan umur. Sikap yang ditonjolkan oleh penyampai radio juga harus dititik beratkan.

ETIKA KOMUNIKASI ISLAM DAN KEWARTAWANAN DALAM ISLAM...


  1. Qaulan Sadida (al-Nisa' :9)
          Bermaksud isi pesan harus jujur dan benar. Ertinya informasi haruslah disampaikan dengan jujur dan benar tanpa dibuat-buat, tidak menambah atau mengurangi isi berita.


    2.    Qaulan Ma'rufa (al-Nisa' :5)

           Iaitu menyeru kepada kebenaran dan kebaikan.


    3.    Qaulan Baligha (al-Nisa' :63)

           Bermaksud informasi yang disampaikan kepada masyarakat hendaklah berupa kata2 yang mampu membekas pada jiwa seseorang.

    4.     Qaulan Maisura (al-Isra': 28)

            Bermaksud inforamsi yang disampaikan hendaklah merupakan ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan.

     5.     Qaulan Karima (al-Isra: 23)

             Bermaksud informasi haruslah berupa perkataan2 yang mulia.

CARA KOMUNIKATOR ISLAM YG DAPAT MENDEKATI GOLONGAN REMAJA...


  1. Menyeru kepada keimanan
         Mengajak serta memindahkan pemikiran atau perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT kepada  perbuatan2 yang diredhai. Misi utama yang dibawa oleh para rasul terdahulu sehingga Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk meluruskan I'tiqad dan kembali ke jalan yang benar iaitu Islam.

   2.    Memberi peringatan dan amaran

           Memberi penringatan yang berbentuk janji2 baik untk mereka yang taat atau amaran janji2 buruk kepada mereka yang engkar. Malah manusia juga telah diberi peringatan bahawa mereka sentiasa dalam kerugian kecuali 4 golongan seperti yang disebut dalam Surah al-'Asr: 1-4. 4 golongan tersebut ialah mereka yang beriman beramal soleh, menasihati atas kebenaran, menyampaikan nasihat dengan kesabaran.

    3.      Mengubah sesuatu dari negatif kepada positif

             Komunikator berperanan menyedarkan manusia supaya mengubah sesuatu yang negatif (sama ada dari segi amalan/perbuatan/tutur kata/pekerjaan) kepada yang lebih baik di sisi Allah SWT
(positif).


    4.       Mencapai tujuan bersama

              Seorang komunikator islam perlu menyedari bahawa tujuan hidup dan matinya adalah semata-mata kerana Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Tetapi bukan setakat untuk dirinya sahaja bahkan perlu dicapai oleh semua manusia. Oleh itu, komunikator berperanan juga untuk mendorong dan merangsang orang lain untuk melakukan malan dan kebajikan.


      5.       Memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat

                Kehidupan yang bermutu bagi seseorang itu ketika di akhirat kelak adalah juga bergantung kepada mutu kehidupannya ketika di dunia.

    CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KOMUNIKATOR ISLAM...

        Gagal dalam penyampaian mesej :

    -          Cara penyampaian mesej yang kabur.
    -          Mesej disampaikan dengan menggunakan perkataan yang sukar difahami.
    -          Bahasa yang digunakan tidak jelas.

     

    ·        Gagal dalam memahami mesej :

    -          Mesej yang diterima tergantung atau tidak jelas.
    -          Penerima mesej lemah di dalam bahasa-bahasa tertentu.
    -          Berlaku perubahan kepada mesej asal yang disampaikan.

    METODE YG DISARANKAN RASULULLAH DLM MENCEGAH KEMUNGKARAN...

    Pendekatan dakwah Rasulullah S.A.W wajar dijadikan contoh tauladan, mengambil pengajaran dari pengalaman Baginda S.A.W disamping menyesuaikan dengan suasana masyarakat kini supaya penyebaran maklumat Islam dapat disampaikan secara efektif dan lebih berkesan.Beberapa method disarankan oleh Rasulullah S.A.W utk mencegah kemungkarannya iaitu:

    • Tangan 

    -dengan kekuatan dan kekuasaan menurut cara yag bijak sana sekiranya seseorang itu berkemampuan berbuat demikian.
    ·     
    •             Lidah
    -wajar untuk mengubah kemungkaran dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik sehingga perkara kejahatan dapat dihindarkan
    ·        
    •             Hati
    -ia selemah-lemah iman.hati yang bersih,tegas dan lunak,ialah dari segi keyakinan,tegas dalam urusan agama dan lunak dalam pergaulan dengan kaum muslimin. Dengan keyakinan dan ketegasan iman di hati akan melahirkan ketenangan dan keselamatan dalamkehidupan.. oleh itu berpegang teguh pada hati sedia untuk membelanya, berani berkata yang benar walau pun pahit dan tidak gentar untuk mempertahankan yang hak.

    DOA MEMINTA AMPUN DAN DIJAUHKAN SEGALA KEJAHATAN...

    Sebagai umat Islam kita wajib sentiasa memohon ampun daripada ALLAH SWT kerana kita sebagai manusia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan dan dosa kerana kita sebagai hambaNYA difitrahkan nafsu dan akal fikiran yg mendorong kita untuk menentukan hala tuju hidup kita di dunia yg sementara ini..Dijadikan doa ini sebagai amalan kita di dunia ini dalam mendapatkan keredhaan ALLAH SWT dan mendapat perlindungan dariNYA...



    PERANAN MEDIA ISLAM DI DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM...




    "Hiburan merupakan keperluan semulajadi manusia dan hukumnya harus dengan syarat hiburan itu tidak melalaikan"
    1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
    2. Mempertahankan isu2 yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
    3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
    4. Melancarkan perabg saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
    5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah adari usaha yang menyesatkan.